Sunday 18 September 2016

KERJA KURSUS TUGASAN 3 : PEMBENTANGAN BERKUMPULAN - SEJARAH KITA



Disediakan oleh,
Low Zhi Ying,
Teong Wen Xian,
Danesh A/L Krishnan.
Pelatih Guru dari Unit S8,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.


Thursday 15 September 2016

SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 1: PENUBUHAN MALAYAN UNION, UMNO DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

 Malayan Union
(Untuk lebih memahami penubuhan Malayan Union, sila klik gambar)


Malayan Union
(a) Tujuan Penubuhan Malayan Union
  • Membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan imigran menumpukan kesetiaan
  • Kawal kuasa politik Melayu yang bekerjasama dgn Jepun
  • Jimat perbelanjaan – Negeri Selat, Negeri-Melayu Bersekutu & Negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan
  • Jamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu (pengeluar bijih timah dan getah)
  • Kukuhkan pertahanan British
  • Sediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
(b) Ciri-ciri Malayan Union
  • Mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota.
  • Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
  • Diketuai gabenor British
  • Gabenor dilantik oleh Raja England.
  • Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli.
  • Raja jadi ahli Majlis Melayu -bincang soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
  • Parlimen British – pemutus undang-undang.
(c) Bentuk pentadbiran Malayan Union
(d) Faktor penentangan terhadap Malayan Union
  • Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu:
    1. Raja Melayu – ahli Majlis Raja Melayu tanpa kuasa.
    2. Kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu.
    3. Pungutan zakat di bawah kuasa gabenor British
  • Tamadun orang Melayu terhakis:
    1. Sistem beraja, Bahasa Melayu & tulisan Jawi terhakis.
  • Ketuanan Melayu tercabar
  • Kerakyatan yang terlalu liberal:
    1. Kerakyatan jus soli ancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
    2. Jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigran
  • Membantah tindakan Sir Harold MacMichael:
    1. Mengancam menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta 
    2. Raja Melayu tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri
(e) Pihak yang menyokong Malayan Union
  • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
  • Angkatan Pemuda Insaf (API),
  • Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
  • Barisan Tani Malaya (BATAS)
  • PKMM ditubuhkan oleh PKM di Ipoh, Perak.
  • Presiden pertama ialah Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, Parti Komunis Malaya.
  • Alasan menyokong Malayan Union:
  1. penyatuan sistem pentadbiran di Tanah Melayu
  2. pentadbiran baru tidak berasaskan kuasa raja dan pembesar Melayu
  3. menyokong kerakyatan terbuka.
  4. Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu
  5. Percaya dengan janji British yang akan memberi kemerdekaan
(f) Cara penentangan Malayan Union
1. Penentangan Secara Individu:
  • Dato’ Onn Ja’afar menulis surat kepada Utusan Melayu.
  • Raja-raja Melayu bantah Malayan Union. Sultan Johor hantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan
  • Mendapat sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
2. Penentangan melalui Akhbar:
  • Menyuarakan bantahan melalui 
    • Majlis
    • Utusan Melayu
    • Warta Negara.
3. Langkah kolektif menentang Malayan Union:
  • Demonstrasi secara aman – bantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu.
  • Kongres Melayu pertama dibentuk :
    • Diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946
    • Di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
    • Bersetuju tubuhkan United Malays National Organization (UMNO)/Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).
    • Pengerusi pertama -Dato’ Onn Ja’afar.
  • Kongres Melayu kedua :
    • Diadakan pada 30 -31 Mac 1946.
    • Bantah pengisytiharaan Malayan Union
    • Kongres kedua memutuskan tiga perkara:
      • Minta raja-raja Melayu memulaukan majlis perlantikan Sir Edward Gent sebg Gabenor.
      • Tuntut orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.

    (5) Penubuhan UMNO
    (a) Tujuan penubuhan UMNO
    • UMNO pada tahun 1946:
      1. Menentang Malayan Union.
      2. Satukan orang Melayu
      3. Wujudkan organisasi nasional.
      4. Jaga kepentingan politik & ketuanan Melayu.
      5. Majukan pendidikan orang Melayu.
      6. Melindungi kepentingan orang Melayu
      7. Belum menuntut kemerdekaan.
    • UMNO pada tahun 1949:
    1. Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (politik).
    2. mendirikan sebuah kerajaan merdeka.
    3. Majukan orang Melayu.
    4. Menjadi pelindung kedaulatan tanah air.
    5. Mula menuntut kemerdekaan.

    (b) Perjuangan tokoh UMNO
    1. Dato’ Onn Ja’afar:
    (Untuk mengetahui latar belakang tokoh tersebut, sila klik gambar)
    • Pengasas UMNO.
    • Pendidikan di Maktab Melayu K.Kangsar dan di England.
    • Jawatan Pegawai Tadbir Johor.
    • Wartawan terkenal.
    • Menteri Besar Johor
    • Pulihkan keamanan di Batu Pahat
    • Orang pertama menyeru orang Melayu bersatu
    • Cadangkan menentang Malayan Union.
    • Anjurkan Kongres Melayu
    • Ahli jawatankuasa yang gubal Perlembagaan UMNO
    2. Dato’ Panglima Bukit Gantang:
    (Untuk mengetahui latar belakang tokoh tersebut, sila klik gambar)

    • Setiausaha Agung UMNO yang pertama.
    • Nama sebenar Abdul Wahab bin Abdul Aziz.
    • Pendidikan di Anderson School, Ipoh, dan Inner Temple, England.
    • Tubuhkan Perikatan Melayu Perak dan menyokong Kongres Melayu
    • Ketua Bahagian UMNO Perak.
    3. Dato’ Nik Ahmad Kamil:
    (Untuk mengetahui latar belakang tokoh tersebut, sila klik gambar)

    • Ahli J/kuasa UMNO Pusat dan Ketua UMNO Kelantan.
    • Pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar,
    • Melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London, England
    • Jadi seorang peguam
    • Jadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan.
    4. Zainal Abidin bin Ahmad: 
    (Untuk mengetahui latar belakang tokoh tersebut, sila klik gambar)
    • Intelektual Melayu yang terlibat dalam Kongres Melayu.
    • Uruskan persidangan kongres.
    • Cadangkan menambahkan “kebangsaan” ke dalam United Malays Organization. United Malays Organization menjadi United Malays National Organization (UMNO)
    (c) Perkembangan UMNO
    • Majukan orang Melayu dalam politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.
    • Perjuangkan perpaduan orang Melayu
    • Perjuangan UMNO direstui oleh sultan dan raja-raja Melayu.
    • Kerjasama antara sultan dan raja-raja dengan rakyat
    • Perjuangan UMNO:
      • Satupadukan orang Melayu
      • Menumbangkan Malayan Union
      • Hapuskan semangat kenegerian
      • Wujudkan parti politik bercorak kebangsaan
      • Memperjuangkan ketuanan Melayu
      • Majukan pendidikan orang Melayu
      • Mengusahakan kemajuan ekonomi dan kebajikan orang Melayu
    (d) Lambang-lambang UMNO
    (Untuk lebih mengenali Lambang-lambang UMNO, sila klik gambar)
    • Logo UMNO mengandungi tulisan Jawi iaitu PEKEMBAR.
    • Cogan kata UMNO, “Hidup Melayu” dicipta oleh Dato’ Onn Ja’afar
    • Cogan kata UMNO “Hidup Melayu” ditukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub.
    • Pemilihan bendera UMNO diputuskan dalam persidangan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak
    • Bendera UMNO dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.
      • Warna bendera UMNO
      • Merah – keberanian,
      • Putih – kesucian dan keikhlasan
      • Kuning dalam bulatan – lambang raja
      • Keris hijau – lambang agama Islam.
      • Keris melambangkan tamadun Melayu.
    • Bendera UMNO dikibarkan buat kali pertama pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang.

    (6) Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
    • Persekutuan Tanah Melayu – 1 Februari 1948 menggantikan Malayan Union.
    • Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan – dianggotai oleh pegawai kanan British, wakil raja Melayu dan wakil UMNO.
    • Perbincangan di King’s House, Kuala Lumpur.
    • Beberapa tuntutan dikemukakan:
      • sebuah persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
      •  menolak kerakyatan jus soli.
      • taraf negeri naungan bg negeri Melayu dipulihkan semula.
      • Desak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu.
    • British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu kerana tidak mahu orang Melayu menentang British secara kekerasan.
    • British menjalankan dasar dekolonisasi yang digalakkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
    • Rundingan British dengan raja Melayu dan UMNO berakhir dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
    (a) Ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
    • Konsep Raja Berperlembagaan.
    • Majlis Raja-Raja Melayu menggantikan Majlis Melayu.
    • Perlindungan istimewa kepada orang Melayu
    • Syarat kerakyatan diperketatkan.
    • Pesuruhjaya Tinggi British – Ketua Persekutuan. 
      • Dibantu oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan.


    *Tayangan Video mengenai Malayan Union*


    Sumber Rujukan:
    Buku Teks Sejarah Tingkatan 3

    Untuk pengetahuan yang lebih, sila rujuk:


    Disediakan oleh,
    Low Zhi Ying,
    Unit S8.

    Friday 2 September 2016

    SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

    Tamadun Mesopotamia
    Sumber Gambar : Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

    Lokasi
    • Tamadun terawal di dunia.
    • Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunani bermaksud tanah di antara dua sungai.
    • Terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah pamah di Iraq hingga ke Teluk Parsi.
    • Wilayah Mesopotamia dikelilingi oleh Pergunungan Zragos di bahagian timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan. 

    Kerangka Masa
    • Tamadun Mesopotamia berkembang daripada penempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 1000 S.M – 5000 S.M.
    • Wilayah Mesopotamia berkembang sebagai pusat tamadun awal pada tahun 3500 S.M.
    • Beberapa kerajaan telah muncul di lembah Mesopotamia ialah Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Awal, Kassite, Assyria, Chaldea.
    • Kerajaan-kerajaan tersebut telah muncul, berkembang dan akhirnya merosot.
    • Setelah kejatuhan kerajaan Chaldea, wilayah Mesopotamia dikuasai oleh Parsi. 

    Proses Pembentukan Mesopotamia
    • Proses pembentukan Mesopotamia terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
      • Bahagian utara bandar Baghad.
      • Bahagian selatan bandar Baghad.
    • Bahagian utara bandar Baghad merangkumi kawasan kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga ke utara termasuk Assyria.
    • Bahagian selatan bandar Baghad merangkumi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang dikenali sebagai Babylon.
    • Babylon dibahagi kepada Akkad di utara dan Sumeria di selatan.
    • Tamadun Mesopotamia bermula di Sumer.
    • Orang Sumeria yang berhijrah ke Sumer telah membina penempatan dan menjalankan kegiatan pertanian.
    • Mereka membina sistem pengairan untuk mengawal pengaliran air sungai.
    • Perkembangan aktiviti pertanian menghasilkan sumber makanan yang berlebihan untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.
    • Perkembangan ini menyebabkan penempatan awal yang berbentuk perkampungan berubah menjadi negara kota.
    • Negara kota itu muncul sepanjang sungai seperti negara kota Assur, Eridu, Kish, Lagash, Mari, Nippur, Ur dan Uruk.

    Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia
    Negara Kota
    • Negara kota yang wujud di sepanjang sungai mempunyai ciri fizikal yang tersendiri.
    • Setiap negara kota mempunyai pusat kota, tembok kota, luar kota, perlabuhan dan kubu pertahanan yang mempunyai pelbagai bentuk gerbang pintu.
    • Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah kedai, pasar dan rumah ibadat.
    Organisasi Sosial
    • Masyarakat negara kota lebih teratur.
    • Masyarakat negara kota terbahagi kepada :
    • Golongan pemerintah (raja, ketua pendeta, ketua tentera, bangsawan), rakyat bebas (petani, artisan, pedagang), hamba (tawanan perang).
    Sistem Pemerintahan
    • Berbentuk teokrasi
    • Raja dianggap sebagai tuhan/ wakil tuhan/ pemilik kota.
    • Rakyat menyembah Raja Naramsin di Akkad.
    • Raja Naramsin menggelarkan diri sebagai ‘Raja Empat Penjuru Alam’.
    • Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, ketua pendeta.
    • Raja dan ahli keluarga raja memegang jawatan di zigurat.
    • Zigurat adalah pusat ibadat, pusat perdagangan, pusat penyimpanan khazanah negara.
    Pengkhususan Kerja
    • Penduduk meninggalkan pekerjaan sebagai petani untuk menjadi peniaga, pedagang dan artisan.
    • Perdagangan di sekitar Mesopotamia dan Lembah Indus.
    • Mesopotamia kurang bahan mentah tetapi banyak hasilkan logam, emas, perak dan lain-lain.
    Sistem Tulisan
    • Bermula dengan bentuk tulisan bergambar.
    • Sistem tulisan berkembang kepada tulisan berbentuk simbol (guna tanah liat) atau tulisan berbentuk pepaku (cuneiform).

    Sumbangan Tamadun Mesopotamia
    Kod Undang-undang Hammurabi
    • Digubal semasa Raja Hammurabi (kerajaan Babylon).
    • Terdapat 282 undang-undang terpahat pada tembok besi.
    • Hukuman dan denda setimpal kesalahan yang dilakukan.
    • Menjadi dasar perundangan tamadun.
    • Dapat mengelak permasalahan di kalangan masyarakat, mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi.

    Sistem tulisan
    • Membawa kepada sistem pendidikan (melahirkan jurutulis).
    • Untuk urusan pentadbiran dan peniagaan (merekod).
    • Melahirkan tradisi kesusasteraan tertua di dunia ialah Epik Gilgamesh (falsafah dan cara hidup Mesopotamia).

    Ilmu Astronomi
    • Penerapan pergerakan bulan, bintang dan matahari yang membawa perkembangan ilmu matematik dan geometri.
    • Penggunaan jalan laut (kompas).
    • Penciptaan kalendar berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam setahun.

    Ilmu Perubatan
    • Mendapat perhatian khusus (pemerintah Assyura) kerana kerajaan ini mementingkan kesihatan tentera.
    • 500 jenis ubat-ubatan (herba dan ramuan).

    Penciptaan Roda
    • Untuk menghasilkan kereta kuda bagi tujuan peperangan.

    Batu Bata
    • Penciptaan daripada tanah liat.
    • Cipta arca dan tiang batu. Contohnya patung Raja Gudea.

    Sumber Rujukan : 
    Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

    Untuk pengetahuan yang lebih, sila rujuk:
    Disediakan oleh,
    Teong Wen Xian,
    Unit S8.

    SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

    Tayangan Video mengenai Ciri-ciri Tamadun Awal Sejarah.
      
     
         

    Ciri-ciri Tamadun :
                   

    Petempatan Kekal
    Penduduk nomad menetap di lembah sungai. Lembah sungai dipilih kerana dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Contohnya di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, di lembah sungai Indus dan di lembah sungai Hwang Ho.
    Kehidupan Berorganisasi
    Terjadi disebabkan penduduk bertambah ramai. Masyarakat mempunyai susun lapis. Terdapat dua lapisan masyarakat iaitu lapisan atasan dan bawahan.
    Lapisan atasan terdiri daripada raja dan bangsawan.
    Lapisan bawahan terdiri daripada rakyat dan hamba.
    Sistem Pemerintahan
    Diperintah oleh raja yang berkuasa mutlak. Raja berkuasa di peringkat pusat dan dibantu oleh bangsawan dan pendeta. Bangsawan menjadi pentadbir wilayah
    manakala pendeta menjalankan urusan keagamaan.
    Mewujudkan undang-undang untuk melicinkan pentadbiran.
    Pengkhususan Pekerjaan
    Berlaku kerana terdapat pelbagai keperluan. Contohnya  petani, artisan, tentera, tukang dan lain-lain.
    Agama & Kepercayaan
    Mempercayai animisme iaitu unsur alam dikawal oleh semangat yang boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan. Contohnya memuja bukit-bukau, laut, gunung dan sebagainya.
    Mempercayai politeisme iaitu banyak tuhan. Contohnya tuhan bukit, tuhan syurga, tuhan matahari dan lain-lain.
    Bahasa & Sistem Tulisan
    Bahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luar. Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusan. Contoh tulisan ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf.

    Sila Klik Sumber Rujukan Di Bawah



    Disediakan oleh,
    Teong Wen Xian,

    Unit S8.