Friday, 2 September 2016

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Tamadun Mesopotamia
Sumber Gambar : Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Lokasi
  • Tamadun terawal di dunia.
  • Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunani bermaksud tanah di antara dua sungai.
  • Terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah pamah di Iraq hingga ke Teluk Parsi.
  • Wilayah Mesopotamia dikelilingi oleh Pergunungan Zragos di bahagian timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan. 

Kerangka Masa
  • Tamadun Mesopotamia berkembang daripada penempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 1000 S.M – 5000 S.M.
  • Wilayah Mesopotamia berkembang sebagai pusat tamadun awal pada tahun 3500 S.M.
  • Beberapa kerajaan telah muncul di lembah Mesopotamia ialah Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Awal, Kassite, Assyria, Chaldea.
  • Kerajaan-kerajaan tersebut telah muncul, berkembang dan akhirnya merosot.
  • Setelah kejatuhan kerajaan Chaldea, wilayah Mesopotamia dikuasai oleh Parsi. 

Proses Pembentukan Mesopotamia
  • Proses pembentukan Mesopotamia terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
    • Bahagian utara bandar Baghad.
    • Bahagian selatan bandar Baghad.
  • Bahagian utara bandar Baghad merangkumi kawasan kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga ke utara termasuk Assyria.
  • Bahagian selatan bandar Baghad merangkumi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang dikenali sebagai Babylon.
  • Babylon dibahagi kepada Akkad di utara dan Sumeria di selatan.
  • Tamadun Mesopotamia bermula di Sumer.
  • Orang Sumeria yang berhijrah ke Sumer telah membina penempatan dan menjalankan kegiatan pertanian.
  • Mereka membina sistem pengairan untuk mengawal pengaliran air sungai.
  • Perkembangan aktiviti pertanian menghasilkan sumber makanan yang berlebihan untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.
  • Perkembangan ini menyebabkan penempatan awal yang berbentuk perkampungan berubah menjadi negara kota.
  • Negara kota itu muncul sepanjang sungai seperti negara kota Assur, Eridu, Kish, Lagash, Mari, Nippur, Ur dan Uruk.

Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia
Negara Kota
  • Negara kota yang wujud di sepanjang sungai mempunyai ciri fizikal yang tersendiri.
  • Setiap negara kota mempunyai pusat kota, tembok kota, luar kota, perlabuhan dan kubu pertahanan yang mempunyai pelbagai bentuk gerbang pintu.
  • Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah kedai, pasar dan rumah ibadat.
Organisasi Sosial
  • Masyarakat negara kota lebih teratur.
  • Masyarakat negara kota terbahagi kepada :
  • Golongan pemerintah (raja, ketua pendeta, ketua tentera, bangsawan), rakyat bebas (petani, artisan, pedagang), hamba (tawanan perang).
Sistem Pemerintahan
  • Berbentuk teokrasi
  • Raja dianggap sebagai tuhan/ wakil tuhan/ pemilik kota.
  • Rakyat menyembah Raja Naramsin di Akkad.
  • Raja Naramsin menggelarkan diri sebagai ‘Raja Empat Penjuru Alam’.
  • Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, ketua pendeta.
  • Raja dan ahli keluarga raja memegang jawatan di zigurat.
  • Zigurat adalah pusat ibadat, pusat perdagangan, pusat penyimpanan khazanah negara.
Pengkhususan Kerja
  • Penduduk meninggalkan pekerjaan sebagai petani untuk menjadi peniaga, pedagang dan artisan.
  • Perdagangan di sekitar Mesopotamia dan Lembah Indus.
  • Mesopotamia kurang bahan mentah tetapi banyak hasilkan logam, emas, perak dan lain-lain.
Sistem Tulisan
  • Bermula dengan bentuk tulisan bergambar.
  • Sistem tulisan berkembang kepada tulisan berbentuk simbol (guna tanah liat) atau tulisan berbentuk pepaku (cuneiform).

Sumbangan Tamadun Mesopotamia
Kod Undang-undang Hammurabi
  • Digubal semasa Raja Hammurabi (kerajaan Babylon).
  • Terdapat 282 undang-undang terpahat pada tembok besi.
  • Hukuman dan denda setimpal kesalahan yang dilakukan.
  • Menjadi dasar perundangan tamadun.
  • Dapat mengelak permasalahan di kalangan masyarakat, mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi.

Sistem tulisan
  • Membawa kepada sistem pendidikan (melahirkan jurutulis).
  • Untuk urusan pentadbiran dan peniagaan (merekod).
  • Melahirkan tradisi kesusasteraan tertua di dunia ialah Epik Gilgamesh (falsafah dan cara hidup Mesopotamia).

Ilmu Astronomi
  • Penerapan pergerakan bulan, bintang dan matahari yang membawa perkembangan ilmu matematik dan geometri.
  • Penggunaan jalan laut (kompas).
  • Penciptaan kalendar berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam setahun.

Ilmu Perubatan
  • Mendapat perhatian khusus (pemerintah Assyura) kerana kerajaan ini mementingkan kesihatan tentera.
  • 500 jenis ubat-ubatan (herba dan ramuan).

Penciptaan Roda
  • Untuk menghasilkan kereta kuda bagi tujuan peperangan.

Batu Bata
  • Penciptaan daripada tanah liat.
  • Cipta arca dan tiang batu. Contohnya patung Raja Gudea.

Sumber Rujukan : 
Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Untuk pengetahuan yang lebih, sila rujuk:
Disediakan oleh,
Teong Wen Xian,
Unit S8.

5 comments:

  1. KANDUNGAN NOTA MENCUKUPI DAN CARA MEMBUAT NOTA AMAT MENARIK! MASIH ADA RUANGAN UNTUK DIPERBAIKI DARI ASPEK MEMBUAT NUMBERING :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pandangan anda, saya tentu akan berusaha lagi untuk menghasilkan nota yang lagi baik >.<

    ReplyDelete
  3. Nota yang amat jelas dan mudah difahami. Teruskan berusaha ya!!!

    ReplyDelete
  4. Bagus! Nota yang sangat baik! Boleh menambah gamber-gambar yang menarik.

    ReplyDelete
  5. Nota senang difahami,cuma ada kesalahan sikit di bhgn kerangka masa

    ReplyDelete