Thursday 25 August 2016

SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 1: ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DI TANAH MELAYU

Langkah Membanteras Ancaman Komunis:

Pengisytiharan darurat


  • Komunis bunuh tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.
  • Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent isytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.
  • British kuatkuasakan Undang-undang Darurat 1948 (boleh menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam komunis dan membenarkan pasukan keselamatan menggeledah rumah kediaman)
Untuk memahami dengan lebih mendalami, sila rujuk



Pengharaman Parti Komunis Malaya atau parti berhaluan kiri
  • Parti Komunis Malaya diharamkan
  • Pengharaman parti politik berfahaman kiri yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PKMM) dan Hisbul Muslimin.


Memperbesarkan pasukan keselamatan
  • Memperbesarkan pasukan tentera dan polis.
  • Pasukan polis disusun semula dan diperbesarkan
  • Bawa masuk askar dari negara Komanwel (Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji)
  • Tubuhkan pasukan Home Guard di peringkat kampung
  • Penubuhan pasukan Home Guard meniupkan semangat mempertahankan negara.
  • Mata-mata Khas Melayu (Special Constables) dilatih dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil.
  • Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap dengan bantuan Tentera Udara British.


Rancangan Briggs
  • Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney tahun 1950.
  • Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs menjadi Pengarah Operasi.
  • Penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru.
  • Penempatan semula digelar “kampung baru”.



  • Bertujuan menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan kepada pihak komunis.
  • Melumpuhkan gerakan Min Yuen.
  • Setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru
  • Kampung baru dilengkapi dengan kemudahan asas
  • Kampung baru dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special Constable (SC).
  • Di kampung baru, setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan
  • Melaksanakan program “Gerakan Kelaparan”. bagi memastikan komunis tidak mendapat sebarang makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan.
  • Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
  • MCA menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan. Kutipan jualan didermakan kepada penduduk setinggan Cina.
  • Sekatan jalan raya diadakan utk cegah makanan, ubat & maklumat sampai ke tangan komunis.
  • Sistem pendaftaran kebangsaan bagi mengawal pergerakan penduduk.
  • Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih diberi kad pengenalan – membezakannya dengan pengganas komunis.
  • Rancangan Briggs melumpuhkan rangkaian gerakan PKM.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM mengambil keputusan untuk mengurangkan kekejaman dan berundur ke selatan Thailand.


Perang Saraf
  • Menghapuskan pengganas komunis melalui kempen “memenangi hati dan fikiran”.
  • Memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu
  • Sir Henry Gurney mati dibunuh dalam satu serangan hendap ketika perjalanan ke Bukit  Fraser.
  • Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British dan Pengarah Gerakan bagi menggantikan Sir Henry Gurney.
  • Sedari kekerasan dan senjata tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis.
  • Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”
  • Membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis.
  • Risalah menentang komunis diedarkan.
  • Timbulkan kebencian terhadap komunis.
  • Rela hati tawarkan diri menyertai pasukan keselamatan dan polis
  • Perkenalkan konsep kawasan hitam dan putih:

Sumber Gambar: www.penerangan.gov.my

Pengampunan beramai-ramai
  • Kerajaan menawarkan pengampunan bagi menggalakkan pengganas komunis menyerah diri.
  • Risalah dan pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil.


Pertemuan Baling


  • Parti Perikatan kemukakan manifesto menjanjikan kemerdekaan segera serta menamatkan darurat.
  • Tunku Abdul Rahman membuat rundingan dengan komunis
  • Chin Peng menulis sepucuk surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan.
  • Pada 28 dan 29 Disember 1955, pertemuan di Baling, Kedah.
  • Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata dan menyerah diri.
  • Chin Peng mengenakan syarat iaitu PKM akan meletakkan senjata dan menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.
  • Pertemuan gagal – Tunku enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng.
  • Tanah Melayu capai kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum ditamatkan.
  • 9 Dengan kemerdekaan Tanah Melayu, pengaruh komunis semakin lemah.
  • Darurat tamat pada 31 Julai 1960.


Kesan Darurat:



Tayangan Video Mengenai Pencerobohan Komunis Ke Tanah Melayu

Sumber Rujukan:
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3

Untuk pengetahuan yang lebih, sila rujuk:
Disediakan oleh,
Low Zhi Ying,
Unit S8.

SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 1: ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DI TANAH MELAYU

Pengusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis:

Sumber Gambar: https://sejarahk2.wordpress.com/nota-sejarah-tingkatan-3/bab-3-ancaman-parti-komunis-malaya-dan-darurat/
(Untuk lebih memahami tentang keganasan komunis, sila klik gambar)
  • Komunisme diasaskan oleh Karl Marx
Sumber Gambar: http://fafbintang3.blogspot.my/
(Untuk lebih memahami Karl Marx, sila klik gambar)
  • Komunisme memperjuangkan:
  1. masyarakat tanpa kelas,
  2. memiliknegarakan tanah dan perindustrian.
  3. Communist International (Comintern) atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa menyebarkan ideologi komunis ke seluruh dunia.

Cara Penyusupan Komunis
  • Melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang.
  • Sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan, kelas malam dan penerbitan.
  • Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI)
  • Orang Melayu tidak tertarik dgn komunis kerana bertentangan dgn agama Islam dan adat resam.
  • Komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan.
  • Komunis guna kekerasan dan kezaliman.

Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM):


Antara Kegiatan PKM:



  • Mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang dan kilang.
  • Menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok dan tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai.
  • Melancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu.
  • Mogok di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor.
  • Pemimpin terlibat dgn mogok dihantar pulang ke China.
  • Pemimpin PKM ditahan.
  • PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun.
  • Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.
  • PKM bentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)
  • British bekalkan senjata kepada pasukan tersebut melalui Force 136.
  • Selepas perang tamat, British meminta MPAJA dibubarkan dan serahkan semula senjata
  • MPAJA enggan dan menyembunyikan sebahagian daripada senjata
  • Setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata dibayar sebanyak $350.00 serta menerima satu beg beras daripada pihak British.
  • PKM menyusup dalam kesatuan sekerja
  • PKM terlibat secara aktif dalam kegiatan politik.

Keganasan Komunis:



Sila Klik Sumber Rujukan Di Bawah
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3



Disediakan oleh,
Low Zhi Ying,
Unit S8.

Saturday 20 August 2016

SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 1: PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU



PERANCANGAN AWAL PERANG
  • Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu
  • Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan


SEMANGAT TENTERA JEPUN
  • Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka
  • Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun
  • Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun

KELEMAHAN TENTERA BRITISH
  • Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah
  • Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
  • Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British
  • Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura

KELENGKAPAN PERANG TENTERA JEPUN
  • Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”
  • Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu

TAKTIK SERANGAN JEPUN
  • Pada 7 Disember 1941, Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik
  • Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura


PERANAN KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)
  • KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
  • KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
  • KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun






*Tayangan Video tentang Kesan-kesan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu



Sumber boleh dirujuk di bawah
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3




Disediakan oleh,
Low Zhi Ying,
Unit S8.


Friday 19 August 2016

SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 1 : PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU




Pendudukan Jepun bermula pada tahun 1942 sehingga 1945




*KEMARAAN JEPUN KE TANAH MELAYU*

Melalui Kawasan Utara di Thailand
  • Tentera Jepun mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) 
  • Tentera terus mara ke Jitra, Kedah
  • Tentera berpecah dua pasukan
  • Satu pasukan ke Pulau Pinang dan mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat
  • Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju ke bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat

Melalui Kawasan Kota Bharu
  • Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur
  • “Kapal “Repulse” dan “Prince of Wales” ditenggelamkan oleh tentera berani mati Jepun.

Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah
  • Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam
  • Berpecah kepada dua pasukan
  • Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu
  • Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan
  • Tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun

*CARA KEMARAAN JEPUN*


  • Kapal terbang perang digunakan oleh Jepun untuk menyerang British dan sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun

                         

  • Kereta kebal yang kecil digunakan kerana lebih ringan dan mudah dikendalikan
  • Kereta kebal penggempur digunakan untuk memaksa British mengundur
  • Bot digunakan untuk mendaratkan tentera Jepun dari kapal perang yang sukar berlabuh
  • Basikal digunakan kerana:mudah untuk melalui jalan sempit serta untuk tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari oleh pihak British






Tayangan Video tentang Pendudukan Jepun di Tanah Melayu.



Sumber Rujukan:

Disediakan oleh,
Low Zhi Ying,

Unit S8.