Saturday, 20 August 2016

SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 1: PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU



PERANCANGAN AWAL PERANG
  • Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu
  • Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan


SEMANGAT TENTERA JEPUN
  • Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka
  • Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun
  • Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun

KELEMAHAN TENTERA BRITISH
  • Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah
  • Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
  • Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British
  • Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura

KELENGKAPAN PERANG TENTERA JEPUN
  • Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”
  • Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu

TAKTIK SERANGAN JEPUN
  • Pada 7 Disember 1941, Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik
  • Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura


PERANAN KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)
  • KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
  • KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
  • KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun






*Tayangan Video tentang Kesan-kesan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu



Sumber boleh dirujuk di bawah
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3




Disediakan oleh,
Low Zhi Ying,
Unit S8.


4 comments:

  1. Masih boleh diperbaiki, kemaskinikan "bullet" dan "numbering" post anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Encik. Saya akan memperbaiki bahagian-bahagian tersebut agar dapat memaparkan post yang lebih kemas dan senang difahami.

      Delete
  2. Video di atas cukup jelas dan mudah difahami.

    ReplyDelete