Langkah
Membanteras Ancaman Komunis:
Pengisytiharan
darurat
- Komunis bunuh tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.
- Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent isytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.
- British kuatkuasakan Undang-undang Darurat 1948 (boleh menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam komunis dan membenarkan pasukan keselamatan menggeledah rumah kediaman)
Pengharaman
Parti Komunis Malaya atau parti berhaluan kiri
- Parti Komunis Malaya diharamkan
- Pengharaman parti politik berfahaman kiri yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PKMM) dan Hisbul Muslimin.
Memperbesarkan
pasukan keselamatan
- Memperbesarkan pasukan tentera dan polis.
- Pasukan polis disusun semula dan diperbesarkan
- Bawa masuk askar dari negara Komanwel (Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji)
- Tubuhkan pasukan Home Guard di peringkat kampung
- Penubuhan pasukan Home Guard meniupkan semangat mempertahankan negara.
- Mata-mata Khas Melayu (Special Constables) dilatih dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil.
- Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap dengan bantuan Tentera Udara British.
Rancangan
Briggs
- Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney tahun 1950.
- Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs menjadi Pengarah Operasi.
- Penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru.
- Penempatan semula digelar “kampung baru”.
Sumber Gambar: http://www.wikiwand.com/ms/Sejarah_komunis_di_Selangor
- Bertujuan menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan kepada pihak komunis.
- Melumpuhkan gerakan Min Yuen.
- Setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru
- Kampung baru dilengkapi dengan kemudahan asas
- Kampung baru dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special Constable (SC).
- Di kampung baru, setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan
- Melaksanakan program “Gerakan Kelaparan”. bagi memastikan komunis tidak mendapat sebarang makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan.
- Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
- MCA menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan. Kutipan jualan didermakan kepada penduduk setinggan Cina.
- Sekatan jalan raya diadakan utk cegah makanan, ubat & maklumat sampai ke tangan komunis.
- Sistem pendaftaran kebangsaan bagi mengawal pergerakan penduduk.
- Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih diberi kad pengenalan – membezakannya dengan pengganas komunis.
- Rancangan Briggs melumpuhkan rangkaian gerakan PKM.
- Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM mengambil keputusan untuk mengurangkan kekejaman dan berundur ke selatan Thailand.
Perang
Saraf
- Menghapuskan pengganas komunis melalui kempen “memenangi hati dan fikiran”.
- Memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu
- Sir Henry Gurney mati dibunuh dalam satu serangan hendap ketika perjalanan ke Bukit Fraser.
- Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British dan Pengarah Gerakan bagi menggantikan Sir Henry Gurney.
- Sedari kekerasan dan senjata tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis.
- Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”
- Membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis.
- Risalah menentang komunis diedarkan.
- Timbulkan kebencian terhadap komunis.
- Rela hati tawarkan diri menyertai pasukan keselamatan dan polis
- Perkenalkan konsep kawasan hitam dan putih:
Sumber
Gambar: www.penerangan.gov.my
Pengampunan
beramai-ramai
- Kerajaan menawarkan pengampunan bagi menggalakkan pengganas komunis menyerah diri.
- Risalah dan pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil.
Pertemuan
Baling
Sumber Gambar: https://ms.wikipedia.org/wiki/Rundingan_Damai_Baling_1955
- Parti Perikatan kemukakan manifesto menjanjikan kemerdekaan segera serta menamatkan darurat.
- Tunku Abdul Rahman membuat rundingan dengan komunis
- Chin Peng menulis sepucuk surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan.
- Pada 28 dan 29 Disember 1955, pertemuan di Baling, Kedah.
- Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata dan menyerah diri.
- Chin Peng mengenakan syarat iaitu PKM akan meletakkan senjata dan menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.
- Pertemuan gagal – Tunku enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng.
- Tanah Melayu capai kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum ditamatkan.
- 9 Dengan kemerdekaan Tanah Melayu, pengaruh komunis semakin lemah.
- Darurat tamat pada 31 Julai 1960.
Kesan
Darurat:
Tayangan Video Mengenai Pencerobohan Komunis Ke Tanah Melayu
Sumber Rujukan:
Disediakan oleh,
Low Zhi Ying,
Unit S8.
Memuaskan tetapi masih ada ruang untuk menjadi lebih baik :)
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan anda Teong! Saya akan cuba untuk memperbaiki lagi agar dapat menghasilkan post yang berkualiti dan baik.
ReplyDeleteNota dibuat dengan jelas dan senang difahami.Bagus^^
ReplyDeleteTerima kasih Hoo!^^ Saya akan memahirkan cara membuat nota lagi untuk tujuan menghasilkan blog untuk belajar yang berkualiti.
DeleteSangat bagus kerana merangkumi nota, gambar dan video yang menarik.
ReplyDeleteTerima Kasih..Saya berharap nota ini berupaya membantu anda :)
Delete