Friday 2 September 2016

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Tayangan Video mengenai Ciri-ciri Tamadun Awal Sejarah.
  
 
     

Ciri-ciri Tamadun :
               

Petempatan Kekal
Penduduk nomad menetap di lembah sungai. Lembah sungai dipilih kerana dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Contohnya di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, di lembah sungai Indus dan di lembah sungai Hwang Ho.
Kehidupan Berorganisasi
Terjadi disebabkan penduduk bertambah ramai. Masyarakat mempunyai susun lapis. Terdapat dua lapisan masyarakat iaitu lapisan atasan dan bawahan.
Lapisan atasan terdiri daripada raja dan bangsawan.
Lapisan bawahan terdiri daripada rakyat dan hamba.
Sistem Pemerintahan
Diperintah oleh raja yang berkuasa mutlak. Raja berkuasa di peringkat pusat dan dibantu oleh bangsawan dan pendeta. Bangsawan menjadi pentadbir wilayah
manakala pendeta menjalankan urusan keagamaan.
Mewujudkan undang-undang untuk melicinkan pentadbiran.
Pengkhususan Pekerjaan
Berlaku kerana terdapat pelbagai keperluan. Contohnya  petani, artisan, tentera, tukang dan lain-lain.
Agama & Kepercayaan
Mempercayai animisme iaitu unsur alam dikawal oleh semangat yang boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan. Contohnya memuja bukit-bukau, laut, gunung dan sebagainya.
Mempercayai politeisme iaitu banyak tuhan. Contohnya tuhan bukit, tuhan syurga, tuhan matahari dan lain-lain.
Bahasa & Sistem Tulisan
Bahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luar. Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusan. Contoh tulisan ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf.

Sila Klik Sumber Rujukan Di Bawah



Disediakan oleh,
Teong Wen Xian,

Unit S8.

10 comments:

  1. Salam sejahtera, Teong. Post anda amat menarik kerana bijak menggunakan kemahiran membuat nota. Namun, masih terdapat bahagian yang perlu diperbaiki lagi. Teruskan usaha anda!

    ReplyDelete
  2. Ok, terima kasih. Saya akan brusaha lagi untuk membuat nota yang lebih mudah difahami oleh semua orang.

    ReplyDelete
  3. Ini telah membantu saya untuk mengulangkaji pelajaran saya,terima kasih~~

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Penggunaan teknik kamahiran belajar yang bijak. Nota ini mudah difahami dan diingati.

    ReplyDelete