Pendudukan Jepun bermula pada tahun 1942 sehingga
1945
*KEMARAAN JEPUN KE TANAH MELAYU*
Melalui Kawasan Utara di Thailand
- Tentera Jepun mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani)
- Tentera terus mara ke Jitra, Kedah
- Tentera berpecah dua pasukan
- Satu pasukan ke Pulau Pinang dan mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat
- Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju ke bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat
Melalui Kawasan Kota Bharu
- Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur
- “Kapal “Repulse” dan “Prince of Wales” ditenggelamkan oleh tentera berani mati Jepun.
Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah
- Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam
- Berpecah kepada dua pasukan
- Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu
- Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan
- Tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun
*CARA KEMARAAN JEPUN*
- Kapal terbang perang digunakan oleh Jepun untuk menyerang British dan sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun
- Kereta kebal yang kecil digunakan kerana lebih ringan dan mudah dikendalikan
- Kereta kebal penggempur digunakan untuk memaksa British mengundur
Sumber Gambar: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertempuran_Singapura
- Bot digunakan untuk mendaratkan tentera Jepun dari kapal perang yang sukar berlabuh
- Basikal digunakan kerana:mudah untuk melalui jalan sempit serta untuk tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari oleh pihak British
Tayangan Video tentang Pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Buku Teks Sejarah
Tingkatan 3
Disediakan oleh,
Low Zhi Ying,
Unit S8.
Penjelasan yang jelas dan tepat.
ReplyDeleteNota yang amat membantukan. Pelajar pasti akan dapat memahami dengan jelas memlaui nota anda. Teruskan berusaha.
ReplyDelete